Wednesday 30 March 2022

Elemen Asas Grafik

 SUMBER INTERNET

1) Mudah







 Gambar di atas menunjukkan sebuah tempat rekreasi. Tempat tersebut mudah untuk ditafsir apabila lihat iaitu taman permainan.


2) Warna



Warna Gambar di atas menunjukkan langit matahari terbenam. Terdapat empat warna gelap iaitu oren, merah, biru gelap dan kuning.


3) Teks



 Maklumat yang ringkas dan pengunaan jenis font dan warna huruf yang bersesuaian agar lebih menarik. Penggunaan teks bagi gambar di atas adalah penting kerana tujuan gambar itu sendiri bagi memberikan maklumat berkaitan kebaikan vitamin A.


4) Kesesuaian



 Terdapat banyak buku di sebuah perpustakaan. Gambar yang dilampirkan di atas menepati elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini dikatakan sedemikan kerana, kebiasaannya hanya di perpustakaan kita boleh mendapati banyak buku.


5) Keseimbangan



 Berdasarkan gambar yang dilampirkan di atas dapat dilihat yang ia menepati elemen asas grafik keseimbangan. Sebagai contoh, pantung sembahyang berada di tengah tokoh.



SUMBER SENDIRI

1) Mudah

Mudah Bangunan diatas ialah kondominium.


2) Warna



Warna Berdasarkan gambar diatas, mempunyai kombinasi warna yang menarik. Warna-warna itu memberi ketenangan apabila lihat.


3) Teks



 Penggunaan font yang sesuai dan mudah untuk baca. Gambar di atas menunjukkan sebuah tempat, maka penggunaan teks adalah penting bagi memaklumkan kepada pengunjung nama tempat tersebut.


4) Kesesuaian



 Berdasarkan gambar di atas menonjolkan elemen asas grafik kesesuaian. Gambar ini ialah reka bentuk ruang makan di sebuah rumah. Penyusunan beberapa kerusi dan meja sangat sesuai mengikut tempatnya.


5) Keseimbangan



 Gambar di atas menunjukkan ciri-ciri elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari segi penghiasan bunga-bunga dan penyusunan meja makan secara rapi serta reka bentuk tempat tersebut.

Tuesday 29 March 2022

Tentang Diri Saya



 Nama yang diberi Monisha Divagaran๐Ÿ’™. Sesetengah orang suka saya memanggil  Moni, Monika, Manisa dan Monisa. Ahli keluarga dan kawan-kawan saya lebih suka memanggil Moni. Ramai yang ingat saya ini kristian  disebabkan nama tetapi saya agama hindu. Kehidupan saya dapat dikaitkan dengan sekuntum bunga๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป. Warna kegemaran saya ialah warna biru. Biru merupakan warna yang paling tenang tetapi paling bahaya juga.๐Ÿ’ฆ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…
 
Saya memang suka dalam bidang kesenian. Saya suka untuk melukis bunga. Saya merasai bahawa bunga ialah satu benda yang menggambarkan kehidupan seseorang. Saya suka bermain bola jaring. Saya pernah mewakili daerah pada tahun 2021. Saya suka membaca novel hasil karya Veronica Roth.
Adakah anda semua suka bunga seperti saya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚?

Friday 25 March 2022

KEHADIRAN KULIAH MINGGU KEDUA JUMAAT - 25.3.2022

Kuliah kedua, prof telah menjelaskan tentang kaedah  pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester ini. Prof telah memperkenalkan penggunaan blog.  Saya memang sangat teruja ketika prof menjelaskan tentang blog disebabkan saya tidak pernah menulis dalam blog. Ini merupakan perkara baru untuk saya. Salah satu tugasan untuk subjek ini, kami perlu menulis dalam blog iaitu sebuah jurnal. 

    Oleh itu, prof memberitahu kandungan atau lebih dikenali label dalam blog masing-masing. Prof juga memberi masa untuk berbincang dengan kumpulan kecil tentang label dalam blog. Dengan ini, setiap kumpulan mencadangkan label-label. Kemudian, setiap ketua kumpulan kecil menyelaraskan label tersebut. Hal ini, disebabkan setiap kumpulan kecil mesti mempunyai label yang sama.

Wednesday 23 March 2022

Kehadiran Minggu 1 (Rabu 23-3-2022)

 





Salam sejahtera, saya telah menghadiri  kuliah pertama bagi kursus BBM3410 bagi kumpulan 1. Pensyarah kami ialah Prof Normaliza Binti Abd Rahim. Pada kualih pertama prof telah menerangkan tentang kursus ini secara mendalam. Prof telah membincangkan tentang sinopsis kursus dari segi tugasan, skop markah dan pembentangan. Melalui penerangan yang diberikan oleh prof saya dapat mengetahui kursus ini merupakan kursus yang kita dapat mencungkil bakat kita sendiri.

               
                 Kemudian, prof telah menyuruh untuk membentuk kumpulan dan pilih ketua dalam setiap kumpulan kecil.  Kumpulan saya melantik saya sebagai ketua dalam kumupulan kecil. Selepas itu, saya dan kumpulan saya bercadang untuk meletakkan nama kepada kumpulan kecil iaitu Atma Perwira. Saya dan kumpulan saya memang bersedia untuk membuat tugasan secara kumpulan. 

Podcast